SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS21 | Kelantan Darul Naim FC vs Selangor FC | Perlawanan Penting Menentang Sang Kijang Emas

Mar 08, 2025 - FAS

Selangor FC akan bertemu Kedah Darul Naim FC bagi saingan Liga Super 2024/25 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya  sebagai pasukan pelawat pada jam 10 malam ini.

Kedudukan terkini skuad Gergasi Merah dalam carta Liga Super 2024/25 adalah di tempat ke-2 dengan 43 mata daripada 20 perlawanan; 13 kemenangan, empat seri dan tiga kalah. Aksi pada malam ini akan membantu skuad Merah Kuning untuk menjarakkan diri daripada pasukan di tempat ketiga serta menempah slot ke Asia bagi musim 2025/26.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, tidak memandang Kelantan Darul Naim FC sebagai pasukan yang kecil.

“Kelantan Darul Naim FC adalah sebuah pasukan profesional, biarpun mereka berada di kedudukan terbawah tetapi tiada pasukan yang mahu kalah, mereka pasti akan berikan saingan yang sengit bagi mendapatkan kemenangan. Jadi, kami telah membuat persiapan yang terbaik bagi menghadapi mereka dan berikan fokus untuk dapatkan tiga mata,” jelas Kinoshi.

Bagi keberadaan pemain, hanya Noor Al-Rawabdeh telah melepasi bulan kedua pemulihan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL). Selain itu, Khuzaimi Piee pula mengalami retakan ‘metacarpal’ dalam perlawanan Akhir 2 MFL Challenge Cup 2024/25 yang lalu. Para pemain Gergasi Merah yang lain bersedia untuk bersama-sama berjuang pada malam ini. 

Selangor FC percaya akan pasukan akan mempamerkan aksi yang menarik pada malam ini untuk para penyokong Merah Kuning. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!